Monday, 14 December 2015

KANAK-KANAK STRESS ?






Pada zaman teknologi kini , stress bukan sahaja dialami oleh orang dewasa malah kanak-kanak juga tidak lekang daripada mengalami stress.Kanak-kanak hari ini terdedah kepada perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada stress.Hal ini demikian boleh menyebabkan penyakit mental yang sangat membimbangkan.

Pada pandangan anda,bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.Adakah mereka ini dalam kategori menghadapi stress yang sangat tinggi ?



JURANG ANTARA BAPA DAN ANAK

JURANG ANTARA BAPA DAN ANAK



Topik kali ini pula mengenai hubungan antara bapa dan kanak-kanak.Apa yang boleh dikatakan disini,kanak-kanak lebih gemar bersama ibu daripada bapa.Hal ini berkemungkinan kerana , sesetengah individu yang bergelar bapa mempunyai perwatakan yang garang dan tegas.Namun,seseorang bapa mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anak masing.Mereka beperwatakan tegas dan garang   kerana ingin mendidik anak-anak mereka agar lebih berdisiplin.

Jika hubungan antara bapa dan kanak-kanak tidak mempunyai ikatan yang rapat , mungkin akan menimbulkan serba sedikit masalah.Pada pendapat anda,apakah permasalahan yang mungkin timbul jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan rapat dengan bapa ?

RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI SOSIOEMOSI KANAK-KANAK








Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai rakan dalam lingkungan umur,latar belakang dan minat yang lebih kurang sama.Rakan sebaya juga dikatakan seseorang yang sering bersama ketika melakukan aktiviti sosial.Tidak hairanlah rakan sebaya membawa pengaruh yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan dan juga sosioemosi kanak-kanak.Menurut Berk (1997) rakan sebaya merupakan satu unit sosial yang diwujudkan untuk berkongsi nilai dan perlakuan yang sama serta struktur sosial antara pemimpin dan pengikut.

Perkembangan sosioemosi pula merupakan keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkah laku mengikut persekitaran masyarakat.

Rakan sebaya ini boleh membawa kepada pengaruh positif dan juga negatif.Jika kanak-kanak mempunyai rakan sebaya yang baik maka seseorang individu akan membentuk satu perlakuan serta kperibadian yang mulia,Menurut Savin William & Berndt (1990),Sullivan (1953).Seseorang yang memiliki rakan karib cenderung mempunyai sifat yang terbuka dan jujur.Sifat ini dapat menerapkan nasihat-nasihat yang baik antara mereka apabila mereka berkongsi cerita atau pendapat.

Tambahan pula,rakan sebaya juga boleh membawa pengaruh negatif kepada kanak-kanak.Dari segi pergaulan,kanak-kanak lebih gemar bergaul dengan rakan sebaya.Mereka banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan.Hal ini menyebabkan kekurangan kawalan daripada ibu bapa.Pemilihan rakan sebaya yang tidak baik akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi.Selain itu,kanak-kanak juga cenderung meniru perbuatan rakan sebaya mereka.

Natijahnya,rakan sebaya memainkan peranan dalam pembentukan dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Dalam konteks ini juga,ibu bapa mesti mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak-anak mereka berkawan.