Monday, 14 December 2015

JURANG ANTARA BAPA DAN ANAK

JURANG ANTARA BAPA DAN ANAK



Topik kali ini pula mengenai hubungan antara bapa dan kanak-kanak.Apa yang boleh dikatakan disini,kanak-kanak lebih gemar bersama ibu daripada bapa.Hal ini berkemungkinan kerana , sesetengah individu yang bergelar bapa mempunyai perwatakan yang garang dan tegas.Namun,seseorang bapa mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anak masing.Mereka beperwatakan tegas dan garang   kerana ingin mendidik anak-anak mereka agar lebih berdisiplin.

Jika hubungan antara bapa dan kanak-kanak tidak mempunyai ikatan yang rapat , mungkin akan menimbulkan serba sedikit masalah.Pada pendapat anda,apakah permasalahan yang mungkin timbul jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan rapat dengan bapa ?

8 comments:

  1. Salam saudari Aiyynun. Kali ini saya berpeluang lagi mengikuti forum anda. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari,terima kasih kerana masih setia mengikuti perkembangan forum saya.Untuk forum kali ini,saya tekankan kepada hubungan perapatan antara bapa dan anak.Jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menimbulkan pelbagai jenis masalah.Seperti yang saudari terangkan,masalah-masalah itu boleh diatasi jika seorang bapa memainkan peranan dengan baik.Sebaiknya,mereka membahagikan dan meluangkan masa untuk keluarga.Seorang bapa tidak boleh mementingkan diri sendiri.Walaupun , mereka berpenat lelah mencari rezeki setiap hari tetapi perasaan anak-anak lebih penting untuk dititkberatkan.Hal ini adalah kerana , perkembangan kanak-kanak ini akan mempengaruhi sehingga mereka dewasa kelak.Sekian daripada saya.

      Delete
  2. Assalamualaikum awak, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang saudari kemukakan. Pada pandangan saya,Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesra dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah. Antara faktor yang menyebabkan anak-anak tidak lagi rapat dengan ayah mereka adalah anak-anak kurang mendapat didikan agama yang sewajarnya. Anak-anak tidak memahami adab hendak menghormati orang tua mereka sehingga melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak juga terlibat dengan gejala-gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Sebagai seorang ibu bapa yabg bertanggungjawab seharusnya harus menitikberatkan didikan agama kepada anak mereka. Pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah jadi jelaslah dapat dilihat ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Erin.Bertemu lagi kita dalam forum saya ini.Terima kasih kerana setia melawat dan menberi komen yang positif.Untuk forum kali ini,saudari memberi penerangan dengan menyelitkan teori-teori yang berkaitan.Hal ini memberi lebih banyak info yang menarik.Seperti yang sauddari terangkan,kanak-kanak lebih gemar mendampingi ibu daripada bapa.Hal ini berkemungkinan kerana, personaliti bapa itu sendiri.Seorang bapa merupakan seorang yang tegas,Oleh itu,anak-anak sukar untuk mendampingi bapa mereka.Saudari juga ada menerangkan tentang pendidikan agama.Perkara ini sangat diperlukan supaya kanak-kanak lebih mengenali posisi seorang bapa sebagai pendidik yang penuh disiplin.Mereka juga akan belajar mentaati dan mengikut arahan yang baik daripada bapa mereka. sekian daripada saya.semoga bermanfaat.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudari ainun, Saya sangat tertarik dengan tajuk ini jadisaya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih kerana menerima pandangan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,terima kasih saudari kerana sudi bersama saya dalam perbincangan forum ini.Info yang saudari berikan sangat bermanfaat.Seperti mana yang saudari terangkan,ibu bapa mestilah menjaga anak seperti menatang minyak yang penuh.Walaupun kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di luar setelah mereka menjejak ke alam persekolahan,ibu bapa perlu mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka.Hal ini demikian kerana,tidak semestinya pengaruh luar itu positif malah akan membawa kepada negatif.Merujuk kepada topik ini.Bapa yang bekerja mestilah pandai mengurus masa agar dapat mendidik anak-anak mereka dengan baik.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari ainun.Tajuk forum yang sungguh menarik pada pandangan saya. Hal berkaitan hubungan perapatan bapa dan anak. Seperti yang kita tahu, susah untuk kita jumpa seorang anak yang betul-betul rapat dengan bapa. Perkara ini kemungkinan berlaku disebabkan faktor bapa itu tidak mahu terlebih memanjakan anak-anak itu sendiri dan masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ini ialah masalah berkomunikasi. Apabila anak-anak itu tidak rapat dengan bapa, mereka akan menjadi segan untuk berbicara walaupun dengan bapa sendiri. Hal ini demikian, akan menyebabkan hubungan dengan bapa itu renggang dan kurang baik. Oleh itu, jika ibu menyedari tentang masalah ini perlu mencari cara untuk merapatkan hubungan bapa dan anak itu agar masalah tidak berlaku berpanjangan. Ada sesetengah kanak-kanak itu tidak rapat dengan bapa mungkin disebabkan bapanya seorang panas baran, itu juga boleh dijadikan faktor tejadinya pemasalahan hubungan anak dengan bapa itu sendiri. Isu masalah hubungan perapatan bapa dengan anak ini salah satu perkara yang perlu dipandang sebab bila berlaku masalah ini, maka akan berlaku lah masalah didalam keluarga. Kemungkinan juga dalam keluarga yang besar pun boleh jadi masalah.Itu sahaja daripada saya. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Muna.Terima kasih kerana setia memberi pandangan anda yang amat berguna pada forum kali ini.Merujuk kepada penerangan saudari,saudari menekankan personaliti bapa itu iaitu seorang yang panas baran dan tegas.Saya sangat setuju dengan pendapat saudari.Tidak dinafikan kanak-kanak lebih gemar mendampingi ibu daripada bapa.Hal ini demikian kerana,sifat ibu yang penyayang dan suka memanjakan anak.Jarang untuk kita lihat,anak lebih rapat dengan bapa.Untuk mengelakkan jurang antara bapa dan anak ini jauh,bapa mestilah mempunyai sifat yang tegas tetapi penyayang.Bapa tidak seharusnya menghukum atau memukul anak tanpa sebab.Kanak-kanak mestilah didisiplinkan dengan baik.

      Delete