Pada zaman teknologi kini , stress bukan sahaja dialami oleh orang dewasa malah kanak-kanak juga tidak lekang daripada mengalami stress.Kanak-kanak hari ini terdedah kepada perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada stress.Hal ini demikian boleh menyebabkan penyakit mental yang sangat membimbangkan.
Pada pandangan anda,bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.Adakah mereka ini dalam kategori menghadapi stress yang sangat tinggi ?
Assalamualaikum kepada saudari. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
ReplyDeleteAnak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.
Secara keseluruhannya,saya amat bimbang seandainya keadaan kesihatan mental kanak-kanak menghadapi stress yang tinggi. Justeru itu, saya meminta agar semua masyarakat bekerjasama untuk memantau keadaan kesihatan mental mereka.
Waalaikumussalam saudari , Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan . Apa yang saudari terangkan stress yang berlaku pada kanak-kanak ini kebanyakkannya di dalam Malaysia . Adakah terdapat perbezaan dengan kanak-kanak di luar negara ? Setahu saya,kanak-kanak tidak kira luar atau dalam negara sama sahaja . Cuma , jika mereka menghadapi faktor-faktor yang boleh menyebabkan mereka stress , itu yang sangat dikhuatiri.
DeleteKanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
ReplyDeleteAnak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.
Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.
Terima kasih saudari kerana sudi meluangkan masa memberi komen yang bermanfaat dalam forum saya kali ini.Pandangan ini sangat memberi input kepada saya.Saudari menjelaskan dengan baik faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak mengalami stress.Disini saudari menekankan faktor keluarga . Sememangnya keluarga sangat bertanggungjawab dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.Oleh itu , ibu bapa perlu mengetahui tahap anak-anak mereka tidak kira sama ada dalam akademik atau kokurikulum.
Deleteassalamualaikum, Pada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam,terima kasih banyak saudari kerana sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit sebanyak pendapat yang berguna.Seperti yang saudari jelaskan , stress dalam kalangan kanak-kanak ini amat membimbangkan . Hal ini adalah kerana akan memberi kesan yang negatif apabila mereka dewasa kelak.Kanak-kanak ini memerlukan sokongan yang padu daripada ahli keluarga mereka sendiri terutama ibu bapa.Ibu bapa mestilah menyokong tindak tanduk yang baik dari kanak-kanak itu.Dari segi pendidikan,ibu bapa sepatutnya tidak memberi tekanan kepada anak-anak.Mereka perlu menilai tahap kebolehan anak-anak mereka.Sekian daripada saya.
DeleteAssalamualaikum saudari Ainun. Tajuk forum yang menarik. Pada pendapat saya tentang stress yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku atas sebab masalah yang berlaku dengan keluarga atau ibubapanya sendiri. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami stress tidak mampu menunjukkan ekspresi seperti yang ditunjukkan oleh orang dewasa. Boleh dijadikan contoh, baru-baru ini yang berlaku dalam negara kita sendiri, iaitu kes pelajar orang asli yang lari dari asrama disebabkan dimarahi oleh gurunya. Melalui itu, kanak-kanak itu menunjukkan tekanannya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa apabila pelajar itu ditemui sudah terkulai tidak sedarkan diri. Oleh sebab itu, sebagai ibubapa, guru atau orang yang terdekat dengan kanak-kanak perlu melihat bahawa tekanan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak ini perlu dipandang serius dan perlu diambil berat. Daripada contoh-contoh yang diberikan ini dapat dilihat bahawa tekanan emosi bolehberlaku kepada kanak-kanak di semua peringkat umur. Tanda-tanda yang ditunjukkan olehkanak-kanak berbeza-beza mengikut usia masing-masing. Seseorang kanak-kanak yangmengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan, loya tekak dan muntah-muntah,sakit perut, sakit kepala, pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjadi tidak bermaya, lelah,sukar tidur malam, kencing malam, mengigit-gigit kuku, menarik-narik rambut dansebagainya. Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurusakibat kurang selera makan. Doktor yang merawat kanak-kanak yang mempamerkantanda-tanda seperti yang disebutkan tadi akan melakukan pemeriksaan yang teliti supayasekiranya wujud sebarang penyakit akan dapat dirawat dengan segera. Sekiranya doktoryakin tidak terdapat sebarang penyakit yang berbahaya, keadaan psikososial kanak-kanak akan dinilai secara terperinci. Kemungkinan untuk dia menghidapi tekanan emosi. Terima kasih. semoga bermanfaat
ReplyDeleteWaalaikumussalam saudari Muna,pendapat anda sangat berguna dan bermanfaat.Isu mengenai kanak-kanak orang asli yang lari amat menarik dan sesuai dengan topik kali ini.Apa yang boleh dilihat di sini,guru-guru juga merupakan salah satu punca kanak-kanak cenderung mengalami stress.Terdapat sesetengah guru memiliki sifat yang kurang sesuai dengan profesion mereka sebagai seorang guru.Seorang guru sememangnya perlu ada sifat tegas.Tetapi tegas untuk mendidik kanak-kanak supaya lebih berdisplin bukan untuk menghukum.Saudari juga ada menerangkan ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami stress. Sebaiknya,sebagai seorang ibu bapa perlu menitikberatkan kondisi anak-anak mereka dalam apa jua keadaan.

ReplyDelete