Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai rakan dalam lingkungan umur,latar belakang dan minat yang lebih kurang sama.Rakan sebaya juga dikatakan seseorang yang sering bersama ketika melakukan aktiviti sosial.Tidak hairanlah rakan sebaya membawa pengaruh yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan dan juga sosioemosi kanak-kanak.Menurut Berk (1997) rakan sebaya merupakan satu unit sosial yang diwujudkan untuk berkongsi nilai dan perlakuan yang sama serta struktur sosial antara pemimpin dan pengikut.
Perkembangan sosioemosi pula merupakan keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkah laku mengikut persekitaran masyarakat.
Rakan sebaya ini boleh membawa kepada pengaruh positif dan juga negatif.Jika kanak-kanak mempunyai rakan sebaya yang baik maka seseorang individu akan membentuk satu perlakuan serta kperibadian yang mulia,Menurut Savin William & Berndt (1990),Sullivan (1953).Seseorang yang memiliki rakan karib cenderung mempunyai sifat yang terbuka dan jujur.Sifat ini dapat menerapkan nasihat-nasihat yang baik antara mereka apabila mereka berkongsi cerita atau pendapat.
Tambahan pula,rakan sebaya juga boleh membawa pengaruh negatif kepada kanak-kanak.Dari segi pergaulan,kanak-kanak lebih gemar bergaul dengan rakan sebaya.Mereka banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan.Hal ini menyebabkan kekurangan kawalan daripada ibu bapa.Pemilihan rakan sebaya yang tidak baik akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi.Selain itu,kanak-kanak juga cenderung meniru perbuatan rakan sebaya mereka.
Natijahnya,rakan sebaya memainkan peranan dalam pembentukan dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Dalam konteks ini juga,ibu bapa mesti mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak-anak mereka berkawan.
assalamualaikum saudari aiyynun, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam saudari Erin,terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberi komen yang positif dalam forum saya kali ini.Sememangnya,apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan,mereka akan banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan mereka.Kanak-kanak pada waktu ini masih tidak pandai menilai rakan sebaya mereka.Oleh itu agen yang penting dalam mengawasi kanak-kanak ini ialah para guru.Para guru perlu mengawasi tindak tanduk anak murid mereka.Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan.Mereka mesti mengambil berat dengan siapa anak-anak mereka berkawan.Dikhuatiri jika kanak-kanak ini memilih rakan yang salah akan memberi kesan yang serius apabila mereka dewasa kelak.
DeleteRakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.
ReplyDeleteKadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.
Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Saya tertarik dengan Teori perkembangan Havighurst yang saudari kemukakan.Dalam teori beliau,beliau menyatakan bahawa aspek persekitaran lebih penting dalam perkembangan seseorang individu.Rakan sebaya merupakan salah satu aspek persekitaran yang telah dinyatakan.Apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan,kanak-kanak akan mula menyedari kewujudan orang lain selain daripada keluarga mereka iaitu rakan sebaya dan mereka akan mula berinteraksi dan bermain dengan rakan sebaya .Dari interaksi dengan rakan sebaya mereka akan mula belajar bertolak ansur,membezakan apa yang betul dan sebagainya.Terima kasih kerana sudi memberi komentar yang positif.
DeletePada pendapat saya, pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi kedua terpenting dalam mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang postif, maka positif lah tingkahlaku kanak-kanak tersebut, jika sebaliknya, maka negatif lah hasilnya. Pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat kerana pada peringkat ini kanak-kanak mula melalu proses untuk menilai tentang persekitaran di sekelilingnya. Kanak-kanak sudah mampu berfikir logik apabila ingin melakukan sesuatu. Selain itu, kanak-kanak mula pandai memilih rakan. Disini, kita dapat lihat daya kognitifnya untuk memilih rakan yang baik atau tidak.Seterusnya, daya peniruan juga berlaku. Apabila kanak-kanak itu menunjukkan peniruan yang kurang baik, berlaku la kes seperti derhaka dan melawan cakap ibubapa. Perkara ini berlaku disebabkan peniruan daripada rakan yang tidak baik. Oleh sebab itu, ibubapa perlu memantau rakan yang menjadi rakan sepermainan anak mereka, agar mereka tidak terpengaruh benda negatif dari awal. sekian terima kasih (:
ReplyDeleteSaya berpendapat bahawa,kanak-kanak di peringkat ini sudah mempunyai kecenderungan untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di sekolah.Dalam teori sigmund Freud,kanak-kanak pada peringkat latensi perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka.Ibu bapa hanya perlu perhatian aktiviti dalam pergaulan . Kanak-kanak yang tidak berasa puas berkawan akan menyebabkan berlaku kesan yang negatif apabila dewasa nanti.Antara nya ialah sukar bergaul dan berasa terkongkong.Dalam pada itu,ibu bapa mesti mengambil berat dengan siapa anak-anak mereka berkawan agar mereka tidak terjebak dengan pengaruh negatif seperti yang saudari katakan.Terima kasih kepada saudari kerana sudi berkongsi pendapat.
Deleteassalamulaikum saudari..rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka. Sekian dari saya.
ReplyDeleteWaalaikumussalam saudari Farhana , terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen yang membina dalam forum saya kali ini.Tidak menjadi masalah jika rakan sebaya kanak-kanak boleh memberi impak yang positif kepada kanak-kanak.Perkara yang dikhuatiri jika kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah.Kanak-kanak cenderung meniru tingkah laku rakan sebaya mereka.Percakapan yang tidak sopan sering kali didengari oleh kanak-kanak yang bermasalah.Ini akan mencetuskan masalah untuk membentuk emosi yang stabil.Sekian daripada saya.
Delete